Tuesday, August 20, 2013

Pasembor Penang, Hard Rock Penang

Assalamualaikum kepada Pengunjung ;

20 Ogos 2013

Hari Raya AidilFitri lalu  menggamit kami kesatu lagi destinasi yang biasa di kunjungi ramai. Pulau Pinang menjadi destinasi persinggahan kami kali ni. Tujuan utama ke sana nak makan Pasembor Penang di Padang Kota. Lebih kurang pukul 12.00 tengahari, kami sekeluarga bertolak dari umah mak sedara di Nibong, Tebal. Sure la waktu tu perut masing-masing dah berkeroncong. Apalagi destinasi pertama kami mestilah, Padang Kota dulu untuk makan Pasembor kat sana.

Fuh!!! sedap giler pasembor dia,, Aku suka sebab rasa kuah dia tak terlalu manis dan tak terlalu pedas.

Pasembor Gani

  
Pasembor Gani, Padang Kota.


Husben aku amek banyak gak bahan-bahan dia, harga dia agak mahal sket la, tapi puas hati sebab bagi aku rasa dia sedap.  Harga pasembor macam dalam gambar atas kedai ni amek dalam RM 20.00 gitu lah. Aku paling suka keropok dia.

Abang tengah makan isi ketam





Mula-mula abang rasa sket ajer, tapi bila dah rasa dia plak yang lebih, makan banyak pada mama babah. Sepupu aku cakap kalau pegi malam kat kedai ni , siap ada pesembahan tarian ala hindustani giteww.. Hehehehehe.. Tatau la betui ke idak sbb kami pegi siang.

Lepas tu kami, ingat nak jalan kat bukit bendera tapi rasa macam kurang sihat jadi malas nak naik bukit. Kami pon pilih Batu Feringgi sebagai detinasi seterusnya. Kami singgah kat Hard Rock Hotel, saja nak amek gambar dan beli baju tshirt kat situ.

Kat depan Hard Rock Hotel
Adik nak duduk sebelah guitar




Best la dapat pusing-pusing penang. Lepas ni ingat nak booking Hotel Hard Rock la, nak tido sini plak.


Sekian......

No comments :

Post a Comment