Tuesday, August 20, 2013

Nikmatnya Membeli / Shopping Online



Bak kata orang, membeli atau window shopping adalah satu terapi. Kalau dulu, membelek barang kat Shopping Komplek boleh menjadi terapi minda yang berkesan tapi sekarang ni penggunaan komputer dan internet menambahkan lagi ruang dan peluang pengguna untuk hilangkan stress.

Bagi aku melayari jualan-jualan online ni memberikan satu nikmat sebab dapat melihat barang-barang yang cantik-cantik, dapat membandingkan harga tanpa perlu bersesak-sesak di Pasaraya. Ada beberapa orang kawan kat opis aku ni,, memang penggemar online shopping. Bila dah buat pembayaran tu, mesti durang tertunggu-tunggu parcel durang. Excited jugak la bila barang dah muncul depan mata. Termasuk la aku ni, nak nengok barang orang betui ker cantik macam dalam gambar. Kebanyakkan yang durang beli tak mengecewakan. Selalunya durang akan beli kat kedai online yang boleh refund atau pertukaran barang jika tidak bersesuaian.

Mula-mula aku dok nengok-nengok durang jer, lama-lama jadi syok le pulak. Apa lagi, ada la beberapa barang aku dah beli, cuma dok depan komputer, ada internet dan ada Online Banking. Setakat ni, apa yang aku beli tu tak mengecewakan. Aku pon menanam cita-cita, suatu hari nanti aku dapat mewujudkan online shopping aku sendiri, semua itu hanya angan-angan lagi. Semetara waktu ni, aku ada la buat page kat Facebook aku, kalau minat nak nengok jom lah layari page aku ni.

https://www.facebook.com/SulamanBadaBJ

Page Sulaman BadaBJ
Buat sementara ni, page yang aku wujudkan ni hanya sekadar hobi dimasa lapang. Insya Allah kalau diizinkan olehNya aku akan teruskan usaha untuk kembangkannya lagi.

## Sebenarnya aku pon suka juga shopping kat Shopping Kompleks, boleh jalan-jalan. Hehehehehe.

Sekian....

No comments :

Post a Comment