Pakej New York hotel : RM 1066 untuk 4 orang , 2 dewasa dan 2 kanak-kanak.
(RM 361 x 2) = RM 722 + (RM 172 x 2) = RM 344.
Kalau hari biasa pakej New York dalam RM290 ++ jer. Kat New York hotel, biliknya besar. bilik standard pon besar.. Kalau bawa family besar pon boleh duduk ramai-ramai, cuma perlu bawa toto je kot. Kat dalam bilik kami ada 2 single bed dan satu sofa bed saiz queen, so tak payah amek extra bed.
Lagi satu nak bagitau, kat hotel ni sarapan dia x best la,,, dengan kata lain kurang sedap laaa...tapi jangan bimbang, depan hotel ada byk makanan , kat situ sedap2 belaka dan harga pon berpatutan.
Hari Pertama :
Bertolak dari rumah dalam pukul 8 pagi, tapi kami pegi ofis dulu, sbb lupa nak print tiket. Lebih kurang 8.30 kami gerak dari Putrajaya. Perjalanan kami ke JB kira-kira 4 jam, kami sampai lebih kurang pukul 12.30 tghri. Bila dah sampai tak boleh check in lagi, katanya . orang terlalu ramai kena tunggu pukul 3 baru ada bilik. Fuh! masak la nak tunggu cam ni. Aku minta pukul 2 check in boleh tak, orang tu kata "i try". Pukul 1.30 aku pegi tanya skali lagi. Alhamdulillah, kami dapat check in.
Lepas rehat dan solat, kami kuar cari makan kat area the zon. Jalan-jalan kat the zon sambil cuci mata, tengok barang-barang free duty. Lebih kurang 2 jam kat situ, kami balik hotel untuk rehat dan esoknya nak mula trip ke USS.
Hari Kedua :
Setelah 2 jam perjalanan menempuh imigresen Malaysia dan Singapura, maka sampailah kami ke destinasi yang dituju... kalau x de imigresen tu, dalam setengah jam pon boleh sampai,, Beratur punya pasal nak cop pasport jadilah perjalanan 2 jam. Apa2pon best laa. Anak-anak aku dah teruja tengok Resort World tu. Actually sebelum ni dah pernah sampai sini, tapi masa tu USS belum siap lagi, masih dalam pembinaan. Jadi kali ni kami datang semata-mata nak ke Universal Studio Singapore. Sampai saja di depan pintu masuk USS kami dah x perlu beratur panjang untuk beli tiket sbb tiket dah disediakan oleh pihak hotel. So, kami redah masuk je laaa... Sebelum tu,, sempat la bergambar depan Globe besar yang berpusing-pusing tu.
Kami mulakan perjalanan dengan singgah tempat topi-topi untuk melaram. Ambil je la gamba kat situ. Singgah pula kat kereta antiq zaman dolu-dolu.. Nice..Kat situ pon sempat ambil gambar gak.
Mula-mula tengok show, kami masuk Light, Camera, Action. Hmmm. First show pon dah nampak best dan real. Dia punya trick penggambaran mmg best.. Hmmm dalam kepala ni dok terbayang " OOOOOOOOoooooooooooo.. macam dia buat citer kat tv yer..Nampak la . angin buatan , ribut petir,, letupan bom... Hihihihihi... Maklum la x pernah jadi pelakon,, so tatau.. hahahahaha..Pastu hubby aku ajak masuk Transformers,, wooooooo... beratur panjang boleh tahan la,, tapi x teruk sgt la panjangnya berbanding dgn kawan hubby aku beratur dulu. Apa2pon,, best giler tengok show tu. Rasa mcm nak masuk sekali lagi tapi byk lagi tempat blom dilawati, so niat terhenti.
Kat depan sikit jumpa pula roller coaster , kali ni anak aku tertiba nak naik la pulak. Sebelum ni, kalai kat tempat lain aku tak bagi naik, nampaknya dia dah besar jadi aku pon benarkan la... Turun je dari roller coaster tu, nampak sangat gembiranya budak ni. Katanya " best mama,, kat atas tu angin tolak kuat mulut abang, abang jerit kuat",,, hehehehehehe,, first time la katakan. So aku bagi chance la. Kami teruskan perjalanan lagi, tapi kali ni dah rasa kelaparan sangat. Bila dah nampak restoran Nasi Beriyani (Halal Food), so kami pon masuk je la. Harga dia ,, fuh!!.. 15.50 dollar Singapore, lapar punya pasal, hentam je la. Kalau di convert ke nilai ringgit , lebih kurang RM 38.00 satu pinggan nasi beriyani. Total kami belanja makan nasi beriyani + kids meal lebih kurang RM 100 la. Sekali-sekala kira ok la. Lepas tu kami naik pula treasure hunt ride .. Beratur lagi... Kat sebelah tu ada Mummy, tapi malas nak masuk sebab dia macam roller coaster gitu,, aku takut... Cuma kami amek gambar je la ka situ..
Kat depan lagi kami masuk pula Jurassic Park, seperti biasa kat sini beratur lagi. Tapi kat sini kena beli baju hujan. Kalau tak pakai, alamat basahlah kamu.. Hehehehehehe.. Mula-mula tu tak beli jugak wetcoat, bila nampak keluar sorang basah lencun, seterusnya pon sama. nasib baik kat tengah tu ada jual lagi. Apalagi beli la 2 helai.. Sbb saiz dia besar so aku kongsi dengan anak aku yang nombor 2 tu. Harga dia 3 dollar = RM 7.50. Bila dah masuk dalam boat kat Jurassic Park tu, baru tau cam maner. Sepanjang perjalanan boat tu, ada la dinasour buatan manusia. Tapi adventure naik boat tu lagi teruja.. naik dari atas dan dihempasnya kebawah.. gedebooommm.. melantun2 boat dalam air... habis basah... Hahahahahahaha...
Selepas tu,,, kami ke Water World pulak... Mula-mula tu aku ingat waterworld ni tempat mandi-manda.. i guest but i'm wrong. Rupa-rupanya tempat show (penggambaran) atas permukaan laut/ sungai. Wah!!!... sekali lagi aku teruja degan persembahan Mat Salleh tu. Dia mulakan show dengan basahkan orang yang duduk paling depan. Ada la sikit2 kena orang belakang.. Nasihat aku kalau pegi duduk la blakang skit, kalau tak nak kena sembur air dengan Mat Salleh tu. Selepas beberapa minit baru show sebenar bermula.
Last skali kami sempat masuk Istana Shrek yang tersergam indah. Nasib baik masa masuk tu, tak ramai sangat so tak lama sangat tunggu.. Satu lagi adegan 4D yang dipersembahkan. Duduk kat dalam tu macam tengok wayang gitu la.. tapi rasa.. pengalaman baru la..Bila da kluar istana shrek tu.. ada lagi tempat yang aku nampak boleh masuk.. tapi kami rasa dah tak sempat... dah pukul sampai masa untuk pulang. Sambil-sambil keluar tu sempat la anak-anak aku bergambar dengan Woody, dan sekor hantu kat situ ... hehehehehe...Last skali kami beli 4 tshirt , sorang selai. Harga 26.90 dolar = RM 68.00. Mahal oo0o0o0o0o0... tapi disebabkan nakkan USS tertulis kat depan tshirt tu,, kami beli la jugak.. RM 68 x 4 = RM 272 . Mahal kan... kualitinya biasa saja. Lagi kualiti kat Malaysia.
Ok lah, sampai jumpa lagi di lain coretan..
No comments :
Post a Comment