Saturday, June 7, 2014

Destinasi Makan Angin Ke Kuching, Sarawak bersama Keluarga (Part 3)



19 Jan 2014 (Petang hari kedua)

Kampung Budaya, Sarawak (Culture Village, Sarawak).

Selepas keluar dari Crocodile Farm kami mula bergerak ke Kampung Budaya, lebih kurang pukul 12.00 tghri. Perjalanan ke Kampung Budaya agak jauh, mengambil masa antara 1 jam 45 minit hingga 2 jam dari Crocodile Farm. Masa yang sesuai untuk masuk kesana adalah antara pukul 2 - 2.30 ptg. Kami sampai kesana lebih kurang pukul 1.45 tghri. So, kami ada masa 45 minit untuk menunaikan apa yang patut. Menurut pemandu pelancong kami, kalau masuk 2.30 ptg kami boleh melawat semua rumah budaya dulu kemudian kami sekeluarga boleh masuk panggung budaya untuk menikmati pesembahan kebudayaan Sarawak selama 45 minit dan kami boleh terus keluar selepas itu. Untuk tidak membuang masa kami menuruti sahaja apa yang dikatakan oleh pemandu pelancong kami sbb dia lebih berpengalaman.

Harga tiket masuk kesitu adalah RM60 bagi dewasa dan RM30 bagi kanak-kanak.  Jadi semua tiket kami adalah RM180. Kata orang mahalnyerrrr... tapi dah nak masuk kenalah bayar. Apa2pon, kami enjoy bersama keluarga melihat dengan lebih dekat lagi rumah-rumah panjang kaum2 di Sarawak.

Anak-anak paksa masuk kepala kat sini, katanya anak gambar mak bapa
dan anak-anak
Jom kita kedalam lagi...meneroka keindahan rumah panjang.

Kita start journey di sini

Mula-mula kami mengunjungi rumah Etnik Kaum Bidayuh. Gambar di bawah dikenali dengan Baruh dimana tempat ini adalah tempat untuk pemujaan ritual. Bagi Pahlawan kaum Bidayuh, meraka akan menggantungkan kepala lawannya di sebelah atas dan mengasapkan di bawahnya (mungkin sekarang sudah tidak ada).





Tempat mengasapkan kepala kumpulan lawan

Gambar luar Baruh tempat pemujaan ritual kaum Bidayuh
 
Hadapan rumah panjang Bidayuh (tempat mengisar pagi)

Pakaian kaum Bidayuh

Penerangan oleh pemandu pelancong semasa turun
dari Rumah Panjang Bidayuh.
Seterusnya kami melawat Rumah Panjang Etnik Iban. Inilah pertama kali kami lihat secara life semua bentuk rumah kediaman kaum di Sarawak.





No comments :

Post a Comment