Sunday, January 26, 2014

Destinasi Makan Angin Ke Kuching, Sarawak bersama Keluarga (Part 2)




19 Jan 2014 ( Hari Kedua)

       Selepas semalaman berehat, kami memulakan perjalanan pada hari kedua seawal 7.45 pagi selepas makan pagi di hotel. Hari kedua ni, kami sekeluarga dah tempah Kuching Tour Package dengan orang perseorangan di Sarawak bernama Hendari Bohari (0198550019). Harga yang kami dapat RM250.00 satu van 10 seaters, Kalau pegi ramai untung, tapi bila 4 orang penumpang macam kami, selesa dan luas la tempat duduk. Pemandu pelancong kami kali ni bernama Ismail.. orangnya kecil molek dan bebudi bahasa. Destinasi yang selalu menjadi kunjungan orang adalah di Serikin, tapi kami tak memilih kesana untuk kali ni sbb nak ke destinasi lain. Orang utan Semenggoh, Jong's Crocodile Farm dan Kampung Budaya Sarawak menjadi destinasi kami hari ni.


Orang Utan Semenggoh WildLife Centre


Hujan renyai-renyai, so kena guna payung dan baju hujan. Adventure betul.
Sepatutnya pakai spot shoes, Hehehehehehe...selipar pon ok lah.....

Bagi mengelakkan kelewatan kami memulakan perjalanan ke Orang Utan Semenggoh Wildlife Centre. Tempat ini adalah salah satu tempat pemuliharaan orang utan yang di buat di Malaysia selain daripada Sepilok dan terdiri dari 25 ekor semuanya. Orang utan di sini dibiarkan hidup bebas di dalam hutan dan dididik untuk hidup berdikari. Sampai di sana kami diberikan taklimat oleh Ranjer hutan disana.

Taklimat oleh Ranjer Hutan
Katanya waktu makan bagi orang utan di sini pukul 9 pagi setiap hari, tetapi tidak semua orang utan di sini akan turun makan kerana sesetengahnya sudah pandai mencari makan sendiri di dalam hutan. "Itulah tujuan sebenarnya, pemuliharaan orang utan disini, mengajar mereka mencari makanan sendiri, kalau dah pandai cari makan sendiri maknanya dia dah success dgn program ni " kata pemandu pelancong kami. "0o0o0o0o0, muncung jer mulut kami mengiyakan kata-kata En. Ismail ".....


Bergambar dihadapan Carta Organisasi Orang Utan....
Hehehehe... Jangan tatau ada ketua di sini.

Ini gambar Orang Utan

Orang utan pon ada nama .... Ketua dia nama Ritchie

Kami sekeluarga di hadapan tempat ranjer hutan

Kami bernasib baik katanya , sbb ada sekor Orang Utan dah
 keluar untuk feeding time...Kalau tak salah namanya Annuar

Jom cerita sikit pasal Orang Utan ni. Ketua Orang ni namanya Ritchie, katanya dia dah success dgn program ni, so dia jarang turun untuk ambil makanan disini. Melalui penerangan ranjer hutan, Ritchie ni sangat besar badannya, kalau dia datang untuk makan, Orang Utan lain akan biarkan dia makan dulu... Hahahaha... kelakar laaa... takut gak durang noo... tapi kita sebagai pengunjung pon kena berhati-hati sebab kawasan ni terbuka, mereka boleh serang kita bila-bila masa sahaja. Hari ni nasib kami agak baik, sebab waktu makan durang datang seekor Orang Utan untuk makan jadi bolehlah kami tengok orang utan ni lebih dekat. Kalau tak salah yang datang ni namanya Annuar.. Jom tengok vedio pendek ni....



Kami bergerak ke destinasi seterusnya pada pukul 9:45 pagi ke :

Long's Crocodile Farm

Menurut En. Ismail, kawasan pemeliharaan buaya di sini adalah yang terbesar di Asia. Harga tiket untuk masuk ke sini adalag RM16.00 untuk dewasa dan RM8.00 untuk kanak-kanak. Mari kata masuk kedalam, berbaloi tak dengan harga tiket tu. Selepas pintu masuk, kita akan jumpa ruang pameran gambar-gambar buaya, rangka dan telur buaya seperti gambar di bawah :

Antara gambar yang sempat di snap di ruang Pameran
Jom kita masuk ke dalam lagi... Wah!!!! besarnya ladang buaya niii... ingat dah nak habis,, ada lagi kat dalam rupanya..


Buaya ni namanya Pak Indon, Umurnya dah 56 tahun ,,,
kalau kita dah pencen

Ini namanya Bujang, Umurnya pon dah tua, dalam 50 ++
 Feeding time kat sini pukul 11.00 pagi, Jom kita tengok vedio yang my husben amek . Masa ni buaya tengah syok lompat nak makan.



Ini ada sedikit lagi gambar kawasan persekitaran Crocodile Farm ni. Kebetulan masa kami ke sana cuaca agak kurang memuaskan, hujan renyai-rengai dan sekali-sekala lebat, tapi kami sekeluarga redah jaaa... Anak-anak memang suka kalau hujan ni....Apa lagi... bagai mengatuk di sorong bantal..




Kami dalam sangkar, Buaya kat luar... hehehehe...

Separuh hari kami telah berlalu dengan kepenatan,,, namun akan teruskan ke Kampung Budaya pula selepas ini. Jangan lupa jumpa saya di Part 3 untuk mengetahui Keindahan Kampung Budaya Sarawak (Culture Village).

Sila lah komen yerr..

Jumpa di Part 3

No comments :

Post a Comment