KEM BERSAMA DMFK
Terdengar di corong radio Sinar FM, Inspire Kem bersama Dr. Hj. Mohd Fadzilah Kamsah, lalu kami sebagai ibu bapa mempunyai keinginan untuk menghantar anak kesitu. Tujuannya hanyalah satu, supaya anak yang dilahirkan menjadi anak yang soleh di dunia dan di akhirat.
Seawal 8.00 pagi kami sekeluarga memulakan perjalanan ke Lenggeng, dan kami sampai di sana lebih kurang pukul 9.00 pagi. Jadual untuk pendaftaran adalah diantara pukul 8.00 - 10.00 pagi. Perjalanan untuk kesana amatlah menyeronokkan, memandangkan anak sulung kami amat teruja untuk kesana. Maklumlah ini adalah kali pertama dia menyertai kem seperti ini. Kedudukan tempatnya agak jauh kedalam. Namun, bila sampai sahaja di perkarangan tempat Kem, aku mula teruja dengan kelengkapan yang disediakan disini. Tempat yang agak besar, suasana penginapan yang selesa dan persekitaran yang menarik walaupon dikelilingi hutan yang luas.
Kereta keluarga masing-masing sudah banyak tersusun diruang tmpt meletak kereta, tapi ada yang kelihatan untuk beransur pulang, mungkin mereka datang lebih awal. Jadi keadaan tidaklah terlalu sesak. Sampainya kami di khemah urusetia, terus mendaftarkan anak berserta pembayaran yuran. Disebabkan kami hanya mendaftarkan untuk seorg shj, kami dikenakan RM 380 seorang. Kalau 3 orang keatas pendaftaran hanyalah RM350 seorg. Selesai pendaftaran, anak-anak dikehendaki ke dewan untuk mendaftarkan penginapan pula. Selesai sessi pendaftaran kami meninggalkan kem untuk pulang ke kampung. Tinggallah abang dengan kawan-kawan barunya.
Info daripada anak mengatakan biliknya selesa, ada 10 orang dalam satu bilik dan 2 bilik air. Bilik tidur dilengkapi penyaman udara (aircond). Bagi kami, sangat selesa untuk peserta kursus begini. Anak saya menceritakan, sepanjang kursus mereka diterapkan dengan semangat baru dan pelbagai nasihat berguna. Pelbagai aktiviti indoor dan outdoor dijalankan sepanjang kem tersebut. Apa yang saya harapkan anak saya mendapatkan apa yang terbaik dari kem tersebut, Insya Allah.
Selepas tiga hari berlalu, kami kesana semula untuk ambil abang balik dan seterusnya sessi DMFK bersama keluarga. Selama lebih kurang sejam lebih bersama DMFK kami mendapat pelbagai input daripada sessi tersebut.
Secara keseluruhan intipati kem tersebut amatlah saya puji, cuma ibu bapa yang selalu disamping anak. Mereka lah yang akan membentuk anak mereka sendiri. .....
Jumpa lagi
how was pengisian?
ReplyDeletePengisiannya sangat bagus.. termasuk pendekatan kearah agama dan juga aktiviti outdoor... Alhamdulillah sedikit perubahan tingkah laku yang bagus untuk anak saya.
Delete