Tuesday, January 21, 2014

Destinasi Makan Angin Ke Kuching, Sarawak bersama Keluarga (Part 1)




 18 Jan 2014 (Hari Pertama)

        Sarawak adalah destinasi pertama kami sekeluarga untuk percutian tahun 2014. Berbekalkan tiket Air Asia, kami sekeluarga memulakan perjalanan Ke Sarawak bermula 18 hingga 20 Januari 2014. Kami sekeluarga dah pernah ke Sarawak sebelum ni, Kali ni kami memilih Harbour View sebagai tempat menginap. Kami pilih bilik Deluxe Twin, agak selesa, lebih besar dan berpatutan untuk kami sekeluarga. Hotel yang begitu strategik, berdekatan dengan Main Bazar, River Cruize dan bertentangan dengan Waterfront. Berbanding dengan Grant Margerita dan Riverside Magistic harga hotel 2 kali ganda. Kebetulan pada tarikh yang sama terdapat function yang besar,, so harga hotel mencecah RM 350++ semlm, walaupun sebelum ni boleh dapat dalam RM 190++ sahaja. Aku berpuashati dengan makanan pagi kat Harbour View, walaupon kurang choice, tapi tekak aku boleh terima , maksudnya sedap laaaa..

Ini bilik hotel di Harbour View

        Tibanya kami di Lapangan Terbang Kuching, Sarawak, lebih kurang pukul 12:30 tghri, kami terus amek teksi di kaunter teksi. Tambang teksi di sini amat berpatutan, RM 26 sahaja daripada Airport ke hotel. Lebih kurang 20 ke 30 minit kami sudah sampai ke Harbour View. Selesai checkin kami bergerak ke bilik untuk berehat. Disebabkan kami dah makan dalam flight, so dah kenyang tak payah makan tengahari lagi. Hasben aku dok ajak makan kat TopSpot (seafood foodcourt) petang nanti, so simpan perut untuk mkn petang ni. Kononnya murah seafood kat situ. Tak per kita tunggu petang nanti. Dalam kepala ni berangan-angan nak pegi shopping kat bawah tu kejap lagi, dalam pukul 3:00 petang cenggitu. Tepat kul 3 ptg, aku turun bawah nak sopping. Aku nak beli kain pasang, sebab sebelum ni tak pernah beli lagi, asyik beli tshirt jerr.. So, untuk kali ni aku tanak beli tshirt lagi. Kain yang berkualiti ada di "Fabrico", tempat yang selalu disebut-sebut oleh kawan-kawan opis aku, so aku berjalan sepanjang Main Bazar mencari-cari kedai Fabrico. Malangnya mata aku tak perasan kedai tu, jadi aku beli la kat kedai lain. Masa nak balik baru nampak kedai tu, aku beli lagi sepasang. Sambil tu aku memilih fridge magnet , sebagai souvenir kat kawan-kawan. 
Ini Batik Sarawak  yang sempat aku rembat untuk koleksi peribadi
        Lebih kurang dalam pukul 4:30 ptg hubby kesygn aku call. Aku masih dok syok shopping, kacao jer... Hehehehehe...Aku tunggu husben dan anak-anak aku kat bawah. Durang pon nak window sopping gak. Kami bergerak ke Waterfront untuk menikmati keindahan Sungai Sarawak. Mula tu nak naik River Cruize, tapi kalau naik lambat plak nk pegi makan, so kami memilih untuk terus pegi makan kat TopSpot sambil berjalan kaki merentasi pergigian Sungai Sarawak. Lain kali kami datang lagi untuk River Cruize. Sedap sungguh masakan kat TopSpot ni. Kami order sikit jer, sesuai untuk makan 4 orang, Siakap Stim, Ketam Masak Cili, Udang goreng garam, Sayur Midin, Baby Kailan Sos tiram dan tea pot Chinese Tea..

Ini menu yang di order... sikit jer :) takut tak habisss

Husben aku dok ketuk kaki ketam dengan mertun
Harga untuk semua makanan kami RM 130.00, bagi kami harganya agak berpatutan sebab kalau kami order makanan macam ni di Semenanjung, mencecah RM 180.00 ++ paling murah, sebab saiz udang, ketam adalah yang paling besar dan canteq.... Rasanya memang sedap. Tak rugi kalau cuba.. Hari pertama kami berakhir dengan kekenyangan... Hehehehehehe.....

Jumpa di PART II

No comments :

Post a Comment