Monday, August 26, 2013

Plaza GM (Pusat Memborong) di Lorong Taib



Plaza GM atau dengan kata lain Plaza "Gila Membeli"... :) .. tempat membeli barang-barang borong untuk dijual mahupun untuk kegunaan sendiri. Kali ni saya nak kongsi sedikit info pasal plaza borong ni. Terletak di Lorong Haji Taib 4, berdekatan dengan Jalan Chow Kit. Kalau nak naik kenderaan awam, boleh naik monorel, bas atau teksi. Plaza ini dibuka Isnin - Sabtu (10.00 pagi - 7.00 mlm), Ahad dan cuti Umum (10.00pagi-4.00ptg). Sepanjang hari Ahad dan cuti umum, hanya sebahagian sahaja kedai yang dibuka.

Sampainya kami kat destinasi, macam rusa masuk kampung sket la sbb kali ni keta kami kena naik lif untuk ke parking di tingkat 8 ke atas. Cer nengok gambar kat bawah. Sebelum ni kereta dipandu untuk keatas. Kalau nak cuba pegilah Plaza ni. Masa nak masuk lif tu agak seram la sket, pastu ok jer...


Kereta sebelah sedang naik lif, kami masih menunggu.
Giliran kami pulak naik lif. Selamat mencuba.


Bersedia untuk keluar.
Penyediaan lif kereta ni rasanya disebabkan oleh ruang sekeliling yang agak terhad dan sekaligus menjimatkan laluan kereta yang mana boleh dijadikan lot-lot kedai.

Sebelum ni ada jugak dengar orang bercerita kononnya tempat borong ni harganya murah, jadi kami pon kesana mencari kesahihan, betul ker. Jom kita tengok......

Beg ni harga satu RM20, beli 6 dapat satu RM10

Minyak wangi satu RM 3.00, beli doblas dapat satu RM 1.50

Kena beli 3, dapat harga ssatu RM13, kalau beli satu-satu RM28

Yang ni kurang pasti, rasanya kena beli 6 pasang dapat satu RM 10.

Yang ni sama di atas, beli 6 dpt RM 10 setiap satu

Ini beg yang tadi, cuma lebih gambar sket

Ini saya beli satu, RM 12, kalau beli 6 RM 6 setiap satu

Ini pula Furla cap apa tatau lah... harga seperti gambar.




Seronok  jugak la dapat jamu mata kat sini. Kali ni saya datang cuma beli cermin mata jer. Lain kali saya nak datang lagi, boleh lah beli sourvenir kat saudara di kampung. Eh!! terlupa pulak nak tunjuk koleksi jam kat sini.

Kalau beli 6 , harga setiap satu RM 5 jer, kalau beli satu RM10

Ini untuk mereka yang mahu bergaya,, boleh cuba beli,, harga borong
Bagi mereka yang ingin memulakan perniagaan kecil-kecilan, tempat macam ni memang sesuai sangat untuk mendapatkan stok. Begitu juga untuk pelancong, boleh membeli untuk saudara dan kawan-kawan. Selain dari gambar di atas, macam-macam lagi barangan yang ada di sini. Antaranya tuala, kotak hadiah, paperbag, tudung, beg coach, baju kurung, tshirt, brooch, pelbagai jenis kasut, topi, barang birthday kanak-kanak dan sebagainya. Namun begitu, kalau kita boleh dapat barangan ni dari negeri asalnya seperi China, rasanya lagi murah kot.

Sekian....


Jom klik dan like facebook sulaman saya :
https://www.facebook.com/SulamanBadaBJ
 

Friday, August 23, 2013

Ganjaran Puasa Enam Di Bulan Syawal


مَنْ صَامَ رَمَضَانَ ثُمَّ أَتْبَعَهُ سِتًّا مِنْ شَوَّالٍ كَانَ صَامَ الدَّهْر

Maksudnya: "Barangsiapa yang berpuasa di bulan Ramadan kemudian diikuti dengan puasa enam hari bulan Syawal maka seakan-akan ia berpuasa setahun". (HR Muslim)


.
Di antara manfaat lain Puasa Enam Syawal adalah:
  1. Sebagai penampal terhadap segala kekurangan amalan puasa di bulan Ramadhan.
  2. Semua amalan mendekatkan diri kepada Allah SWT. pada Ramadhan, tidak akan terputus dengan berlalunya bulan mulia itu, selama dia masih hidup.
  3. Mudah berpuasa selepas Ramadhan menandakan diterimanya puasa Ramadhan kerana melakukan kebaikan kemudian diteruskan dengan kebaikan lain, maka ianya sebagai tanda terkabulnya amal pertama.
  4. Allah SWT menjauhkan orang yang berpuasa enam daripada api neraka dengan jarak tujuh puluh tahun.
  5. Puasa selepas Aidilfitri adalah antara tanda kesyukuran atas nikmat pertolongan dan keampunan yang dianugerahkan Allah ketika Ramadhan.
.
.
PAHALA SETAHUN PUASA
Pahala puasa Ramadhan yang diamalkan menyamai pahala puasa satu tahun penuh. Ini kerana setiap hasanah (kebaikan) diberi ganjaran 10 kali ganda.
Imam Ahmad dan An-Nasa’i, meriwayatkan daripada Tsauban, Rasulullah SAW. bersabda: Puasa sebulan di bulan Ramadhan sama seperti ia berpuasa selama 10 bulan dan berpuasa selama 6 hari selepasnya (Syawal) menyamai puasa 2 bulan.  Maka yang demikian bererti (kamu) telah berpuasa untuk setahun.”  - (Hadis riwayat Ibnu Khuzaimah dan Ibnu Hibban)
Manakala di dalam kitab Sabila al-Muhtadin pula, dinyatakan; puasa 30 hari pada bulan Ramadhan ganjarannya sebanyak 300 hari, manakala puasa enam hari pada bulan Syawal pula ganjarannya sama dengan 60 hari.
Jika dikira jumlahnya ialah 360 hari, ia menyamai jumlah hari di dalam setahun sebanyak 360 hari, bersamaan dengan setahun (kalendar Qamari). Maka seolah-olah kita telah berpuasa sepanjang tahun hingga Ramadhaan tahun depan.

Tuesday, August 20, 2013

Nikmatnya Membeli / Shopping Online



Bak kata orang, membeli atau window shopping adalah satu terapi. Kalau dulu, membelek barang kat Shopping Komplek boleh menjadi terapi minda yang berkesan tapi sekarang ni penggunaan komputer dan internet menambahkan lagi ruang dan peluang pengguna untuk hilangkan stress.

Bagi aku melayari jualan-jualan online ni memberikan satu nikmat sebab dapat melihat barang-barang yang cantik-cantik, dapat membandingkan harga tanpa perlu bersesak-sesak di Pasaraya. Ada beberapa orang kawan kat opis aku ni,, memang penggemar online shopping. Bila dah buat pembayaran tu, mesti durang tertunggu-tunggu parcel durang. Excited jugak la bila barang dah muncul depan mata. Termasuk la aku ni, nak nengok barang orang betui ker cantik macam dalam gambar. Kebanyakkan yang durang beli tak mengecewakan. Selalunya durang akan beli kat kedai online yang boleh refund atau pertukaran barang jika tidak bersesuaian.

Mula-mula aku dok nengok-nengok durang jer, lama-lama jadi syok le pulak. Apa lagi, ada la beberapa barang aku dah beli, cuma dok depan komputer, ada internet dan ada Online Banking. Setakat ni, apa yang aku beli tu tak mengecewakan. Aku pon menanam cita-cita, suatu hari nanti aku dapat mewujudkan online shopping aku sendiri, semua itu hanya angan-angan lagi. Semetara waktu ni, aku ada la buat page kat Facebook aku, kalau minat nak nengok jom lah layari page aku ni.

https://www.facebook.com/SulamanBadaBJ

Page Sulaman BadaBJ
Buat sementara ni, page yang aku wujudkan ni hanya sekadar hobi dimasa lapang. Insya Allah kalau diizinkan olehNya aku akan teruskan usaha untuk kembangkannya lagi.

## Sebenarnya aku pon suka juga shopping kat Shopping Kompleks, boleh jalan-jalan. Hehehehehe.

Sekian....