Thursday, June 26, 2014

BUFFET RAMADHAN 2014 (Berbuka Puasa)


2014, Ramadhan Datang Lagi

Hidangan Buffet Ramadhan amat dinantikan oleh semua rakyat Malaysia. Pelbagai hidangan enak dibeberapa tempat yang agak menarik untuk berbuka puasa di bulan Ramadhan ni. Saya ingin berkongsi sedikit info mengenai tempat-tempat yang sesuai untuk dikunjungi.

Sebelum tu...
             Jom klik https://www.facebook.com/SulamanBadaBJ untuk like dan melawat page saya.
             dan         http://sulamanbadabj.blogspot.com/p/telekung-sulam.html blog jualan telekung saya

Buffet di PICC (Putrajaya International Convention Center)

Pakej buffet Ramadhan di PICC akan bermula pada 30 Jun 2014 dan berakhir 25 Julai 2014. Menyediakan 200 jenis hidangan makanan yang lazat yang bertemakan "Hidangan Tradisi Warisan Budaya. Sila layari http://www.picc.com.my/#!promotions/cccv untuk maklumat lebih lanjut. Untuk tempahan sila hubungi 03 88876162.

Buffet Ramadhan PICC 2014


Everly Hotel Buffet Ramadhan

Sebuah hotel yang baru beroperasi di Putrajaya. Lokasinya berdekatan dengan Alamanda Shopping Complex. Pakej Buffet Ramadhan ni ditawarkan dari 30 Jun - 24 Julai 2014. Untuk menempah sila hubungi 0174742492 atau 0164210663. Untuk mendapatkan maklumat lanjut sila klik : Everly Hotel Buffet Ramadan. Harga Buffet Ramadan adalah seperti di dalam gambar.

 
Buffet Ramadhan Everly Hotel Putrajaya
Buffet Ramadhan Kelab Tasik, Putrajaya.

Kelab tasik menawarkan lebih 100 hidangan tradisi dan fusion. Jangan lepaskan peluang untuk menikmatinya. Sila hubungi 0888895008 untuk tempahan. Bermula dari 30 Jun - 27 Julai 2014.

Buffet Ramadan Kelab Tasik
Kelab Ekuestrian Buffet Ramadhan, Putrajaya.

Kelab Ekuestrian terletak di Presint 5 Putrajaya dimana tempah ini juga terkenal dengan padang polo kudanya. Namun begitu, tempat ini tiap-tiap tahun tidak terlepas untuk menyajikan hidangan berbuka puasa untuk sesiapa sahaja yang berminat. Seperti tahun lepas juga, pelanggan berpeluang riadah berkuda secara percuma dari jam 5.45 petang - 6.15 petang. Untuk maklumat lanjut dan tempahan, sila hubungi talian 03-8881 1270 (Mangiamo Cafe) atau 03-8888 6080 (153/137). Tempahan secara wassap juga boleh dibuat menerusi talian 017-632 5631 (Nabilah)
Buffet Ramadhan Kelab Ekuestrian, Putrajaya.

Jom klik https://www.facebook.com/SulamanBadaBJ untuk like dan melawat page saya.
             dan         http://sulamanbadabj.blogspot.com/p/telekung-sulam.html blog jualan telekung saya

Saturday, June 7, 2014

Pengalaman Kem Dr. Hj. Mohd Fadzilah Kamsah (DMFK ), di Ulu Beranang, Lenggeng N9

KEM BERSAMA DMFK

Terdengar di corong radio Sinar FM, Inspire Kem bersama Dr. Hj. Mohd Fadzilah Kamsah, lalu kami sebagai ibu bapa mempunyai keinginan untuk menghantar anak kesitu. Tujuannya hanyalah satu, supaya anak yang dilahirkan menjadi anak yang soleh di dunia dan di akhirat.

Seawal 8.00 pagi kami sekeluarga memulakan perjalanan ke Lenggeng, dan kami sampai di sana lebih kurang pukul 9.00 pagi. Jadual untuk pendaftaran adalah diantara pukul 8.00 - 10.00 pagi. Perjalanan untuk kesana amatlah menyeronokkan, memandangkan anak sulung kami amat teruja untuk kesana. Maklumlah ini adalah kali pertama dia menyertai kem seperti ini. Kedudukan tempatnya agak jauh kedalam. Namun, bila sampai sahaja di perkarangan tempat Kem, aku mula teruja dengan kelengkapan yang disediakan disini. Tempat yang agak besar, suasana penginapan yang selesa dan persekitaran yang menarik walaupon dikelilingi hutan yang luas.

Kereta keluarga masing-masing sudah banyak tersusun diruang tmpt meletak kereta, tapi ada yang kelihatan untuk beransur pulang, mungkin mereka datang lebih awal. Jadi keadaan tidaklah terlalu sesak. Sampainya kami di khemah urusetia, terus mendaftarkan anak berserta pembayaran yuran. Disebabkan kami hanya mendaftarkan untuk seorg shj, kami dikenakan RM 380 seorang. Kalau 3 orang keatas pendaftaran hanyalah RM350 seorg. Selesai pendaftaran, anak-anak dikehendaki ke dewan untuk mendaftarkan penginapan pula. Selesai sessi pendaftaran kami meninggalkan kem untuk pulang ke kampung. Tinggallah abang dengan kawan-kawan barunya.

Info daripada anak mengatakan biliknya selesa, ada 10 orang dalam satu bilik dan 2 bilik air. Bilik tidur dilengkapi penyaman udara (aircond). Bagi kami, sangat selesa untuk peserta kursus begini. Anak saya menceritakan, sepanjang kursus mereka diterapkan dengan semangat baru dan pelbagai nasihat berguna. Pelbagai aktiviti indoor dan outdoor dijalankan sepanjang kem tersebut. Apa yang saya harapkan anak saya mendapatkan apa yang terbaik dari kem tersebut, Insya Allah.

Selepas tiga hari berlalu, kami kesana semula untuk ambil abang balik dan seterusnya sessi DMFK bersama keluarga. Selama lebih kurang sejam lebih bersama DMFK kami mendapat pelbagai input daripada sessi tersebut.

Secara keseluruhan intipati kem tersebut amatlah saya puji, cuma ibu bapa yang selalu disamping anak. Mereka lah yang akan membentuk anak mereka sendiri. .....



Jumpa lagi

Destinasi Makan Angin Ke Kuching, Sarawak bersama Keluarga (Part 3)



19 Jan 2014 (Petang hari kedua)

Kampung Budaya, Sarawak (Culture Village, Sarawak).

Selepas keluar dari Crocodile Farm kami mula bergerak ke Kampung Budaya, lebih kurang pukul 12.00 tghri. Perjalanan ke Kampung Budaya agak jauh, mengambil masa antara 1 jam 45 minit hingga 2 jam dari Crocodile Farm. Masa yang sesuai untuk masuk kesana adalah antara pukul 2 - 2.30 ptg. Kami sampai kesana lebih kurang pukul 1.45 tghri. So, kami ada masa 45 minit untuk menunaikan apa yang patut. Menurut pemandu pelancong kami, kalau masuk 2.30 ptg kami boleh melawat semua rumah budaya dulu kemudian kami sekeluarga boleh masuk panggung budaya untuk menikmati pesembahan kebudayaan Sarawak selama 45 minit dan kami boleh terus keluar selepas itu. Untuk tidak membuang masa kami menuruti sahaja apa yang dikatakan oleh pemandu pelancong kami sbb dia lebih berpengalaman.

Harga tiket masuk kesitu adalah RM60 bagi dewasa dan RM30 bagi kanak-kanak.  Jadi semua tiket kami adalah RM180. Kata orang mahalnyerrrr... tapi dah nak masuk kenalah bayar. Apa2pon, kami enjoy bersama keluarga melihat dengan lebih dekat lagi rumah-rumah panjang kaum2 di Sarawak.

Anak-anak paksa masuk kepala kat sini, katanya anak gambar mak bapa
dan anak-anak
Jom kita kedalam lagi...meneroka keindahan rumah panjang.

Kita start journey di sini

Mula-mula kami mengunjungi rumah Etnik Kaum Bidayuh. Gambar di bawah dikenali dengan Baruh dimana tempat ini adalah tempat untuk pemujaan ritual. Bagi Pahlawan kaum Bidayuh, meraka akan menggantungkan kepala lawannya di sebelah atas dan mengasapkan di bawahnya (mungkin sekarang sudah tidak ada).





Tempat mengasapkan kepala kumpulan lawan

Gambar luar Baruh tempat pemujaan ritual kaum Bidayuh
 
Hadapan rumah panjang Bidayuh (tempat mengisar pagi)

Pakaian kaum Bidayuh

Penerangan oleh pemandu pelancong semasa turun
dari Rumah Panjang Bidayuh.
Seterusnya kami melawat Rumah Panjang Etnik Iban. Inilah pertama kali kami lihat secara life semua bentuk rumah kediaman kaum di Sarawak.