Saturday, December 22, 2012

Trip Percutian ke Universal Studio Singapore

Percutian kali ni, kami memilih Universal Studio Singapore sebagai destinasi. Perjalanan bermula dari pagi 19/12/2012 dan berakhir pada 21/12/2012. Mungkin perjalanan kami kali ni agak tinggi sikit kosnya, sebab cuti sekolah harga semua naik. Bagi rujukan kawan-kawan saya senaraikan kos yang kami baya. Kami memilih pakej New York hotel sebagai tempat tinggal.

Pakej New York hotel : RM 1066 untuk 4 orang , 2 dewasa dan 2 kanak-kanak.
                                      (RM 361 x 2) = RM 722 + (RM 172 x 2) = RM 344.

Kalau hari biasa pakej New York dalam RM290 ++ jer. Kat New York hotel, biliknya besar. bilik standard pon besar.. Kalau bawa family besar pon boleh duduk ramai-ramai, cuma perlu bawa toto je kot. Kat dalam bilik kami ada 2 single bed dan satu sofa bed saiz queen, so tak payah amek extra bed.
Lagi satu nak bagitau, kat hotel ni sarapan dia x best la,,, dengan kata lain kurang sedap laaa...tapi jangan bimbang, depan hotel ada byk makanan , kat situ sedap2 belaka dan harga pon berpatutan.


Hari Pertama :

Bertolak dari rumah dalam pukul 8 pagi, tapi kami pegi ofis dulu, sbb lupa nak print tiket. Lebih kurang 8.30 kami gerak dari Putrajaya. Perjalanan kami ke JB kira-kira 4 jam, kami sampai lebih kurang pukul 12.30 tghri. Bila dah sampai tak boleh check in lagi, katanya . orang terlalu ramai kena tunggu pukul 3 baru ada bilik. Fuh! masak la nak tunggu cam ni. Aku minta pukul 2 check in boleh tak, orang tu kata "i try". Pukul 1.30 aku pegi tanya skali lagi. Alhamdulillah, kami dapat check in.

Lepas rehat dan solat, kami kuar cari makan kat area the zon. Jalan-jalan kat the zon sambil cuci mata, tengok barang-barang free duty. Lebih kurang 2 jam kat situ, kami balik hotel untuk rehat dan esoknya nak mula trip ke USS.


Hari Kedua :





Setelah 2 jam perjalanan menempuh imigresen Malaysia dan Singapura, maka sampailah kami ke destinasi yang dituju... kalau x de imigresen tu, dalam setengah jam pon boleh sampai,, Beratur punya pasal nak cop pasport jadilah perjalanan 2 jam. Apa2pon best laa. Anak-anak aku dah teruja tengok Resort World tu. Actually sebelum ni dah pernah sampai sini, tapi masa tu USS belum siap lagi, masih dalam pembinaan. Jadi kali ni kami datang semata-mata nak ke Universal Studio Singapore. Sampai saja di depan pintu masuk USS kami dah x perlu beratur panjang untuk beli tiket sbb tiket dah disediakan oleh pihak hotel. So, kami redah masuk je laaa... Sebelum tu,, sempat la bergambar depan Globe besar yang berpusing-pusing tu.



Alhamdulillah, walaupon kami pegi time cuti sekolah tapi kami amek time yang bukan cuti umum, so pengunjung kat sini hari ni, tak de lah terlalu crowded, jadi perjalanan dalam tu lebih selesa dan aman rasanya. Cuaca pon hari tu ok, cerah dah menarik. Syukur pada Allah s.w.t. Kat depan pintu masuk USS tu ada Malaysian Food, tapi hati kami rasa x nak pilih tempat makan tu, so kami pun terus masuk kedalam je lah. Cari makanan kat dalam sana. Sekali lagi kami bersyukur, rupanya ada geng yang naik satu bas tu, dia cerita. Katanya dia nak order Koteaw goreng.. So dia pon bagitau la waiter tu " One Fried Koteaw please " Waiter tu pon balas  "With pork or seafood". Oh! my God... terus kawan tu cakap " Sorry! I cancel my order "... So perlu diingat Malaysia and Singapore is diffrent. Hehehehehe... Jangan risau, makanan halal masih ada kat dalam sana.

Kami mulakan perjalanan dengan singgah tempat topi-topi untuk melaram. Ambil je la gamba kat situ. Singgah pula kat kereta antiq zaman dolu-dolu.. Nice..Kat situ pon sempat ambil gambar gak.








  
Mula-mula tengok show, kami masuk Light, Camera, Action. Hmmm. First show pon dah nampak best dan real. Dia punya trick penggambaran mmg best.. Hmmm dalam kepala ni dok terbayang " OOOOOOOOoooooooooooo.. macam dia buat citer kat tv yer..Nampak la . angin buatan , ribut petir,, letupan bom... Hihihihihi... Maklum la x pernah jadi pelakon,, so tatau.. hahahahaha..Pastu hubby aku ajak masuk Transformers,, wooooooo... beratur panjang boleh tahan la,, tapi x teruk sgt la panjangnya berbanding dgn kawan hubby aku beratur dulu. Apa2pon,, best giler tengok show tu. Rasa mcm nak masuk sekali lagi tapi byk lagi tempat blom dilawati, so niat terhenti.




Kat depan sikit jumpa pula roller coaster , kali ni anak aku tertiba nak naik la pulak. Sebelum ni, kalai kat tempat lain aku tak bagi naik, nampaknya dia dah besar jadi aku pon benarkan la... Turun je dari roller coaster tu, nampak sangat gembiranya budak ni. Katanya " best mama,, kat atas tu angin tolak kuat mulut abang, abang jerit kuat",,, hehehehehehe,, first time la katakan. So aku bagi chance la.

Kami teruskan perjalanan lagi, tapi kali ni dah rasa kelaparan sangat. Bila dah nampak restoran Nasi Beriyani (Halal Food), so kami pon masuk je la. Harga dia ,, fuh!!.. 15.50 dollar Singapore, lapar punya pasal, hentam je la. Kalau di convert ke nilai ringgit , lebih kurang RM 38.00 satu pinggan nasi beriyani. Total kami belanja makan nasi beriyani + kids meal lebih kurang RM 100 la. Sekali-sekala kira ok la. Lepas tu kami naik pula treasure hunt ride .. Beratur lagi... Kat sebelah tu ada Mummy, tapi malas nak masuk sebab dia macam roller coaster gitu,, aku takut... Cuma kami amek gambar je la ka situ..

Kat depan lagi kami masuk pula Jurassic Park, seperti biasa kat sini beratur lagi. Tapi kat sini kena beli baju hujan. Kalau tak pakai, alamat basahlah kamu.. Hehehehehehe.. Mula-mula tu tak beli jugak wetcoat, bila nampak keluar sorang basah lencun, seterusnya pon sama. nasib baik kat tengah tu ada jual lagi. Apalagi beli la 2 helai.. Sbb saiz dia besar so aku kongsi dengan anak aku yang nombor 2 tu. Harga dia 3 dollar = RM 7.50. Bila dah masuk dalam boat kat Jurassic Park tu, baru tau cam maner. Sepanjang perjalanan boat tu, ada la dinasour buatan manusia. Tapi adventure naik boat tu lagi teruja.. naik dari atas dan dihempasnya kebawah.. gedebooommm.. melantun2 boat dalam air... habis basah... Hahahahahahaha...

Selepas tu,,, kami ke Water World pulak...  Mula-mula tu aku ingat waterworld ni tempat mandi-manda.. i guest but i'm wrong. Rupa-rupanya tempat show (penggambaran) atas permukaan laut/ sungai. Wah!!!... sekali lagi aku teruja degan persembahan Mat Salleh tu. Dia mulakan show dengan basahkan orang yang duduk paling depan. Ada la sikit2 kena orang belakang.. Nasihat aku kalau pegi duduk la blakang skit, kalau tak nak kena sembur air dengan Mat Salleh tu. Selepas beberapa minit baru show sebenar bermula.

Last skali kami sempat masuk Istana Shrek yang tersergam indah. Nasib baik masa masuk tu, tak ramai sangat so tak lama sangat tunggu.. Satu lagi adegan 4D yang dipersembahkan. Duduk kat dalam tu macam tengok wayang gitu la.. tapi rasa.. pengalaman baru la..Bila da kluar istana shrek tu.. ada lagi tempat yang aku nampak boleh masuk.. tapi kami rasa dah tak sempat... dah pukul sampai masa untuk pulang. Sambil-sambil keluar tu sempat la anak-anak aku bergambar dengan Woody, dan sekor hantu kat situ ... hehehehehe...Last skali kami beli 4 tshirt , sorang selai. Harga 26.90 dolar = RM 68.00. Mahal oo0o0o0o0o0... tapi disebabkan nakkan USS tertulis kat depan tshirt tu,, kami beli la jugak.. RM 68 x 4 = RM 272 . Mahal kan... kualitinya biasa saja. Lagi kualiti kat Malaysia.

Ok lah, sampai jumpa lagi di lain coretan..



Saturday, July 21, 2012

Percutian Keluarga Ke Medan Indonesia, Julai 2012

Berbekalkan tempahan pakej percutian FireFly di Matta Fair bulan Mac 2012 tempohari maka kami sekeluarga memulakan perjalanan ke Medan, Indonesia pada 16 hingga 19 Julai 2012 yang lalu. Inilah kali pertama kami sekeluarga menjejakkan kaki ke bumi Medan ini, selain dari ibu mertua aku yang pernah datang kesini sebelum ini , kira-kira sepuluh tahun yang lalu.


Kali ni kami menaiki pesawat FireFly yang berpusat di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah. Pakej yang kami ambil ni berharga RM 599.00 bagi dewasa dan RM 300.00 bagi kanak-kanak. Ia merangkumi pakej penginapan di hotel yang terpilih, makan pagi, tengahari dan malam, transport sepanjang disana dan pemandu pelancong. Bagi  aku yang tak pernah kesana merasakan harga pakej ni amatlah berpatutan sebab aku tak perlu bersusah-payah nak memikirkan segala keperluan disana. 

Hari Pertama



Kami menaiki pesawat pukul 1.45 ptg waktu Malaysia dan tiba disana pukul 2.00 ptg waktu Indonesia. Alhamdulillah, kali ni untuk melepasi imigresen, Indonesia agak senang sedikit berbanding dengan percutian di Bandung, Indonesia dulu. Diaorang tak check beg pon, cuma tanya jer, ada apa dalam beg ?. Agaknya tengok muka aku yang baik kot dia percaya ........ hahahahahahahaha.. Berdasarkan pengalaman membaca kat internet,,, aku menolak pertolongan seorang porter yang kononnya nak tolong angkat beg. Durang ni nak paw duit aku ler.....rasanya dalam 100,000 rupiah kot bersamaan RM35. Selamatttt duit aku...... Kat luar airport pemandu pelancong aku dah tunggu. Lega rasanya ada nama aku tertera kat situ...

Pemandu pelancong aku kenalkan dirinya sebagai Jongi , banyak kali gak la aku silap panggil nama dia. Kejap-kejap Jingo, jap-jap Jongi..... Hehehehehehehe... Last skali aku  panggil dia Jo saja, lagi senang. Sampai saja di Medan, kami menaiki van yang telah disediakan dan Jo bawa kami sekeluarga ke Restauran Ayam Pop di bandar Medan. Makanan kat sini murah-murah kot, sebab tu la dengan bayaran yang agak sederhana, kami dapat makan pelbagai makanan.

Selesai makan kami solat dekat kedai makan tu sbb ada musolah kat situ. Lepas tu, kami teruskan perjalanan ke Tasik Danau Toba. Perjalanan kesana memakan masa selama 4-5 jam jugak la.... Jalan nak ke Danau Toba tu dulu katanya lagi teruk tak de jalan tar pon cuma berbatu-batu kecil jer. Kami pegi dah ada jalan tar, cuma jalannya dah byk rosak dan berlubang-lubang. Mungkin sebab byk lori dan bas yang lalu lalang ikut jalan ni. Di dalam perjalanan, hujan turun amat lebat sekali dan memperlahankan lagi perjalanan kami.. Alhamdulillah kami sampai di Danau Toba pukul 9.00 mlm dan terus menikmati makan malam di hotel Danau Toba International Cottage dimana tempat kami menginap malam ni. Kami menginap kat bilik bertentangan dengan penamdangan tasik yang indah. Bangun pagi, udara segar tasik masuk ke dalam bilik kami. Aku sempat juga snap satu gambar view dari bilik.

Pemandangan dari bilik aku
Sebelah ni bilik mertua aku

Hari Kedua

Hari kedua kami sudah berada di Tasik Danau Toba dan lawatan kali ni ke Pulau Samosir. Jo kata kami tak dapat melawat ke pulau-pulau yang lain sebab tak ramai orang katanya. Tak pa lah noooooo... kira ok la tu.. Kami menaiki bot untuk ke Pulau Samosir. Anak-anak aku excited sungguh, dah tak sabar-sabar lagi nak kesana....Sampai saja di Pulau tu, mak mertua aku terus teruja, katanya, dulu x de jualan banyak cam ni..soronok sungguh dia. Sambil berjalan ke tempat lawatan, sempat lagi beli frigde magnet untuk di bawa pulang sebagai cenderahati untuk kawan-kawan. Nasib baik beli kat sini, sbb kat bandar Medan fridge magnet tak cantik sangat. Kat pulau tu kami melawat rumah orang batak dan kuburan Raja Batak.



Hadapan rumah orang Batak


Tangga menaiki kuburan Batak

Kuburan Batak


Selepas pulang dari Pulau Simosir kami bertolak pula ke Berastagi, dikawasan tanah tinggi. Di sepanjang perjalanan kami singgah di beberapa tempat, Simarjarunjung dan Air Terjun Sipiso-piso. Di Simarjarunjung kami singgah minum teh halia dan makan goreng pisang. Kawasan tu lebih kurang macam Cameron Highlands laaa.....lepas tu ke Air Terjun sipiso-piso. Perjalanan kesana Berastagi tu lebih kurang 3 jam. Kami sampai di sana lebih kurang pukul 5.30 petang. Hotel persinggahan kami kali ni adalah Hotel Sibayak. Best gak la hotel ni,, kalau sesiapa yang datang kesini aku rekaman duduk kat hotel ni. Kat sini kami makan jagung bakar dan anak-anak naik kuda....



Hari Ketiga

Kami keluar dari hotel Sibayak pukul 8.30 pagi selepas sarapan pagi. Pagi ni kami ke kedai-kedai jual tshirt kat Berastagi sekejap dan kemudian meneruskan perjalanan ke Bandar Medan. Perjalanan balik kali ni dari Berastagi hanya 2 jam sahaja. Sampai sana kami makan kat restauran kat situ.... lupa la nama restauran dia tapi kali ni sedap bangetttt.. makan samapi licin... lapaq kottt....   lepas makan kami ke Istana Maimon, istana lama ni terletak betul-betul ditengah bandar Medan... Keturunan Raja di Medan hanya pada nama saja dan berfungsi sebagai ketua adat sahaja. Malang sungguh nasib raja di sana. Mereka hanya memohon bantuan sumbangan dari rakyat jelata untuk meneruskan kesinambungan salah silah beraja disana. Mereka tidak mendapat elaun seperti di Malaysia. Mereka bekerja macam orang biasa. Semasa di Istana kami dilayan oleh keturuanan raja bergelar tengku, tapi katanya panggil "bapak" saja. Sedihhhhhhhhhhhh......

Lepas tu, shoppinggggg time....kami ke pasar ikan yang tak jual ikan,,, hehehehhehehe,,, jual kain bajuuuuu......dapat laaa tangkap sepasang bajuuuu.....  beli tambah lagi fridge magnet....


Hari Keempat

Hari ni kami duduk kat hotel jer, kata pemandu pelancong kami akan dijemput ke Airport pukul 12.00 tghri. Kalau nak berjalan sebelah pagi kena guna tut-tut atau teksi atau beca.... Sebab hari keempat tugas dia sudah selesai, lagipon katanya sebelah pagi dia ada tourist lain. Kami pon tak nak lah ganggu dia, so kami amek teksi hotel, di Hotel Grand Anteras tempat kami menginap malam tadi. Tujuannya cuma nak beli tambah tshirt yang belum dibeli,,,, tiba-tiba teringat kepada beberapa orang lagi yang belum dibeli.... Cian la pulak.. kami naik teksi pergi balik dia amek 80,000 rupiah bersamaan RM25.00. kira ok lah,, malas nak naik beca atau tut-tut,, susah nak manage time.. kami amek teksi dan suruh tunggu masa kami beli.. Alhamdulillah... kami beli tambah dalam bebelas helai la jugak... legaaaa kata hubby aku sbb orang yang diingati dapat.....Kami amat gembira dengan percutian kami kali ni....Cadangnya nak ke universal Studio, Singapore pulak lepas ni....  

Sekian..... 

Wednesday, May 16, 2012

Pejalanan Ke Negeri dibawah Bayu

Perjalanan bermula 14 Mei 2012 di Kota Kinabalu dan berakhir di Tawau pada 18 Mei 2012. Inilah perjalanan pertama mengelilingi negeri di bawah bayu selama seminggu. Sebelum ni, persinggahan hanya di Kota Kinabalu sahaja. Atas urusan kerja, aku berpeluang mengenal negeri dan tempat orang lain. Le Meridian adalah hotel persinggahan kami yang pertama. Keadaan hotel yang baru dan suasana bilik yang  menyegarkan amat menarik perhatian aku. Aku berpuas hati dengan kemudahan di hotel ni. Sarapan pagi yang pelbagai hidangan menambahkan lagi kesempurnaannya. Namun, harga yang agak tinggi untuk hotel ni RM 300 semalam agak memberi bebanan sedikit lah jika bercuti bersama keluarga. Memandangkan perjalanan kali ni di taja oleh Kerajaan Malaysia, maka urusan wang ringgit bukan masalah lagi. Alhamdulillah, selesai sudah bermalam di Le Meridian selama dua malam.

Perjalananan diteruskan lagi dengan menaiki maswing ke Sandakan. Perlu diingat, beg pakaian yang biasanya boleh dibawa guna hand lugage dgn menaiki boing 737 tidak sesuai jadi hand lugage jika memaiki maswing. Oleh itu, di nasihatkan drop beg anda di kaunter checkin. Sampai saja di Sandakan, kami terus ke pejabat untuk menguruskan kerja disana. Selepas selesai semuanya, sekali lagi mencari tempat penginapan yang sesuai. Nampaknya Swiss In menjadi pilihan kami kali ini. Hotelnaya betul2 berada di tepi laut dan tempat makan yang byk disepanjang laluan pejalan kaki di tepi laut. Kami makan malam ala kadar jer. Malam ni aku try mee goreng kat kedai makan di tepi laut tu. Rasa masakan mee goreng yang aku beli tu tak sesedap masakan kat Semenanjung laaaa...mungkin salah pilih kedai kot. Jue plak order sup sayur,, boleh laa rasa dia. Kesimpulannya, kenyang la lepas makan... Alhamdulillah.

Keesokan paginya kami bertolak pula ke Tawau dan sekali lagi menaiki maswing untuk kesana. Kami disambut oleh pemandu disana yang bernama Irwin. Kami mendahulukan kerja-kerja pejabat kerana itulah tujuannya untuk kami kesana. Setelah selesai kerja disana, kami dibawa oleh pemandu untuk mencari-cari hotel yang sesuai untuk didiami. Memandangkan pemandu disana lebih arif tentang hotel-hotel yang sesuai untuk kami maka kami serahkan pemilihan hotel kepada beliau dan seorang staf disana. Kali ini kami checkin di LA Hotel. Nampaknya hotel ni baru lagi.. Suasana dalaman hotel pon masih baru dan aku amat berpuas hati sebab harga dia tak mahal sangat dalam lingkungan RM150++ untuk bilik deluxe.

Sebelum kami bertolak pulang ke KLIA sempat juga la mejenguk pasar besar disana. Jue kata nak beli kayu manis. Bila tengok jer kayu manis tu, terus aku terpikat sebab structure dia panjang-panjang dan boleh dia letakkan dalam pasu untuk dijadikan hiasan. Maka aku pon  belilah satu kilo untuk dibawa pulang. Wangi la bau dia....... Kami ke pasar gantung pulak untuk melihat-lihat. Agak besar la jugak kawasan pasar gantung ni, tapi kawasan dia adalah kedai-kedai kecil disepanjang jalan sahaja. Disebabkan bajet agak ketat sikit maka, dikurangkan segala pembelian. Hehehehehehehhehe.. Kami sekejap jer kat situ. Pastu terus balik ke hotel untuk packing barang.

Sekali lagi kami naik boeing 737 untuk bergerak pulang ke KLIA. Memandangkan hari yang kami balik tu adalah hari Jumaat maka, kami menunggu pemandu agak lama sedikit la kat lobby hotel, katanya jalan jam kat masjid dan ada sekatan jalan raya pulak. Mula tu agak risau gak kalau dia tak boleh sampai dalam pukul 2 ptg. Cadangannya nak amek teksi aja. Alhamdulillah, pemandu sampai tepat jam 2 ptg. Kami sempat tiba di Airport Tawau dengan selamatnya. Maka berakhirlah perjalanan kami mengelilingi Sabah selama 5 hari. Perjalanan kali ni seronok sangat, mungkin pergi dengan jue kot sbb dia sporting giler.


Sekian.........