Wednesday, May 16, 2012

Pejalanan Ke Negeri dibawah Bayu

Perjalanan bermula 14 Mei 2012 di Kota Kinabalu dan berakhir di Tawau pada 18 Mei 2012. Inilah perjalanan pertama mengelilingi negeri di bawah bayu selama seminggu. Sebelum ni, persinggahan hanya di Kota Kinabalu sahaja. Atas urusan kerja, aku berpeluang mengenal negeri dan tempat orang lain. Le Meridian adalah hotel persinggahan kami yang pertama. Keadaan hotel yang baru dan suasana bilik yang  menyegarkan amat menarik perhatian aku. Aku berpuas hati dengan kemudahan di hotel ni. Sarapan pagi yang pelbagai hidangan menambahkan lagi kesempurnaannya. Namun, harga yang agak tinggi untuk hotel ni RM 300 semalam agak memberi bebanan sedikit lah jika bercuti bersama keluarga. Memandangkan perjalanan kali ni di taja oleh Kerajaan Malaysia, maka urusan wang ringgit bukan masalah lagi. Alhamdulillah, selesai sudah bermalam di Le Meridian selama dua malam.

Perjalananan diteruskan lagi dengan menaiki maswing ke Sandakan. Perlu diingat, beg pakaian yang biasanya boleh dibawa guna hand lugage dgn menaiki boing 737 tidak sesuai jadi hand lugage jika memaiki maswing. Oleh itu, di nasihatkan drop beg anda di kaunter checkin. Sampai saja di Sandakan, kami terus ke pejabat untuk menguruskan kerja disana. Selepas selesai semuanya, sekali lagi mencari tempat penginapan yang sesuai. Nampaknya Swiss In menjadi pilihan kami kali ini. Hotelnaya betul2 berada di tepi laut dan tempat makan yang byk disepanjang laluan pejalan kaki di tepi laut. Kami makan malam ala kadar jer. Malam ni aku try mee goreng kat kedai makan di tepi laut tu. Rasa masakan mee goreng yang aku beli tu tak sesedap masakan kat Semenanjung laaaa...mungkin salah pilih kedai kot. Jue plak order sup sayur,, boleh laa rasa dia. Kesimpulannya, kenyang la lepas makan... Alhamdulillah.

Keesokan paginya kami bertolak pula ke Tawau dan sekali lagi menaiki maswing untuk kesana. Kami disambut oleh pemandu disana yang bernama Irwin. Kami mendahulukan kerja-kerja pejabat kerana itulah tujuannya untuk kami kesana. Setelah selesai kerja disana, kami dibawa oleh pemandu untuk mencari-cari hotel yang sesuai untuk didiami. Memandangkan pemandu disana lebih arif tentang hotel-hotel yang sesuai untuk kami maka kami serahkan pemilihan hotel kepada beliau dan seorang staf disana. Kali ini kami checkin di LA Hotel. Nampaknya hotel ni baru lagi.. Suasana dalaman hotel pon masih baru dan aku amat berpuas hati sebab harga dia tak mahal sangat dalam lingkungan RM150++ untuk bilik deluxe.

Sebelum kami bertolak pulang ke KLIA sempat juga la mejenguk pasar besar disana. Jue kata nak beli kayu manis. Bila tengok jer kayu manis tu, terus aku terpikat sebab structure dia panjang-panjang dan boleh dia letakkan dalam pasu untuk dijadikan hiasan. Maka aku pon  belilah satu kilo untuk dibawa pulang. Wangi la bau dia....... Kami ke pasar gantung pulak untuk melihat-lihat. Agak besar la jugak kawasan pasar gantung ni, tapi kawasan dia adalah kedai-kedai kecil disepanjang jalan sahaja. Disebabkan bajet agak ketat sikit maka, dikurangkan segala pembelian. Hehehehehehehhehe.. Kami sekejap jer kat situ. Pastu terus balik ke hotel untuk packing barang.

Sekali lagi kami naik boeing 737 untuk bergerak pulang ke KLIA. Memandangkan hari yang kami balik tu adalah hari Jumaat maka, kami menunggu pemandu agak lama sedikit la kat lobby hotel, katanya jalan jam kat masjid dan ada sekatan jalan raya pulak. Mula tu agak risau gak kalau dia tak boleh sampai dalam pukul 2 ptg. Cadangannya nak amek teksi aja. Alhamdulillah, pemandu sampai tepat jam 2 ptg. Kami sempat tiba di Airport Tawau dengan selamatnya. Maka berakhirlah perjalanan kami mengelilingi Sabah selama 5 hari. Perjalanan kali ni seronok sangat, mungkin pergi dengan jue kot sbb dia sporting giler.


Sekian.........

No comments :

Post a Comment