Thursday, March 12, 2009

Pengalaman indah di Bandung, Indonesia


Kali ni aku ingin ceritakan pengalaman aku mengembara ke Bandung. 17 April 2008 kami sekeluarga berkunjung ke Indonesia dengan perkhidmatan Air Asia. Lawatan kami hanya 3 hari sahaja. Setibanya kami di sana, kami di sambut oleh pemandu pelancong kami, Pak Tamsi namanya. Layanannya yang begitu mesra membuatkan aku rasa ingin lagi hendak ke sana.

Kami terus di bawa ke Pasar Baru untuk nikmati makan tengahari di sana. Selesai makan kami berjalan-jalan dalam pasar baru ni. Fuh! banyaknya barang-barang keperluan wanita. Anak-anak aku biasa la hendak itu ini. Beli la jugak sikit sebagai kenangan dari sana. Kalau sesapa nak ke sana kat tingkat 2 banyak sekali jual telekung, agak murah la jugak. Aku ni tak pandai tawar-menawar dapat harga tak de la murah sangat.

Besok paginya kami ke puncak gunung berapi Tangkuban Perahu. Udaranya yang nyaman, segar amat mempersonakan. Turun saja dari van ramai org sana jual itu ini kat kami tapi malas la nak layan sangat, rimas dok ikut ke mana saja aku pegi. Selepas tu kami di bawa ke Ciampelas. Kawasan ni banyak jual jeans, aku sempat la beli satu helai jeans, anak aku pon sebok nak beli pistol. Pak Tamsi tolong belikan pistol kat dia (baik gak tourist guide ni). Kat ciampelas ni kami beli kek lapis gak untuk bawa balik ker Malaysia.
Lepas tu kami ada gak singgah kat Air panas Ciater untuk makan tengahari kat situ, sempat la jugak main-main air panas kat situ. Anak aku lagi sekali melalak nak mandi pulak. Aku kena la beli swimming suit kat dia. Sudah makan kami teruskan perjalanan lagi ke Ladang teh terbesar di Bandung berjemana walini. Melawat sambil-sambil tu membeli la jugak.

Kami dah kepenatan, semua orang dah tak larat nak sembang. Kami balik hotel untuk tidur, kami menginap di Grand Preanger. Anak-anak aku letih sangat sampai tidur tak sedar diri.

Bangun esok harinya mengembara lagi ke pasar baru sebab hari pertama pergi tu tak puas jalan. Hari ni mertua aku borong sakan. Maklum lah bukan selalu pergi, suami aku pergi tempat barang-barang elektrik. Sebelum tu kami ada gak pegi ke Rumah Mode(jual baju2 design moden).

Sebelum pulang ke tanah air sempat juga kami singgah ke tempat membuat kopi. Kopi ni agak istimewa, ia di simpan lama lebih kurang 3-10 tahun untuk menghilangkan kafeinnya. Aku beli la sikit untuk cuba. Kat sana ramai lagi orang pakai vespa. Bandar dia agak ketinggalan sikit pada kita lebih kurang 10 tahun kita dahulu.

Selepas agak puas mengembara ke negeri orang kami pulang ke Malaysia dengan senyuman. Rasanya ingin datang lagi tapi bila di fikirkan balik elok lah kiranya melancong ke tempat lain pulak. Destinasi berikutnya mungkin akan ke Beijing, Gold Coast, Taiwan atau dalam negeri. Moga2 ada rezeki kesana.


No comments :

Post a Comment