Kami bertolak lebih kurang jam 10.00 mlm dan tiba di jeti Kuala Perlis kira-kira pukul 4 pagi. Setibanya di situ kami ke Masjid yang berdekatan untuk menunaikan solat Subuh. Selesai sahaja solat kami bergerak ke jeti semula untul ke Pulau Lagenda tersebut.
Pemandangan pulau-pulau kecil di kiri dan kanan bot begitu indah sekali. Aku suka menikmati keindahan ciptaan Allah ni. Kawan-kawan aku ada yang terlentok, ada yang dok layan bunyi air laut.
Kami tiba lebih kurang jam 11.00 pagi di Pulau lagenda tersebut, agak lewat gara-gara terlewat beli tiket bot. tak kesah lah janji sampai.
Aku ni bukannya tak pernah pi Langkawi tapi dengan kawan-kawan opis ni la first time.
Di sana kami di layan denga begitu sempurna skali, tengok lah lauk-pauk yang di hidangkan. Korang pon mesti terliur kan kalau tengok makanan ni. Jujur cakap ni, memang sedap. Aku kononnya tengah diet pon tak leh tahan, telan jugak. Alhamdulillah selesai semuanya kami kerjakan.
Lepas makan kami minta driver bas bawa pi ke Dataran Helang, saja nak nikmati udara malam tepi laut.
Macam-macam lagi aktiviti yang kami buat, terutamanya shopping la. Habis satu bot kami tempah, barang saja separuh bot. Aku ja yang tak beli sangat cuma ada la coklat untuk anak-anak sebab dah selalu pergi sana. Anyway, sampai jumpa lagi.....
No comments :
Post a Comment