Thursday, March 12, 2009

Pengalaman indah di Bandung, Indonesia


Kali ni aku ingin ceritakan pengalaman aku mengembara ke Bandung. 17 April 2008 kami sekeluarga berkunjung ke Indonesia dengan perkhidmatan Air Asia. Lawatan kami hanya 3 hari sahaja. Setibanya kami di sana, kami di sambut oleh pemandu pelancong kami, Pak Tamsi namanya. Layanannya yang begitu mesra membuatkan aku rasa ingin lagi hendak ke sana.

Kami terus di bawa ke Pasar Baru untuk nikmati makan tengahari di sana. Selesai makan kami berjalan-jalan dalam pasar baru ni. Fuh! banyaknya barang-barang keperluan wanita. Anak-anak aku biasa la hendak itu ini. Beli la jugak sikit sebagai kenangan dari sana. Kalau sesapa nak ke sana kat tingkat 2 banyak sekali jual telekung, agak murah la jugak. Aku ni tak pandai tawar-menawar dapat harga tak de la murah sangat.

Besok paginya kami ke puncak gunung berapi Tangkuban Perahu. Udaranya yang nyaman, segar amat mempersonakan. Turun saja dari van ramai org sana jual itu ini kat kami tapi malas la nak layan sangat, rimas dok ikut ke mana saja aku pegi. Selepas tu kami di bawa ke Ciampelas. Kawasan ni banyak jual jeans, aku sempat la beli satu helai jeans, anak aku pon sebok nak beli pistol. Pak Tamsi tolong belikan pistol kat dia (baik gak tourist guide ni). Kat ciampelas ni kami beli kek lapis gak untuk bawa balik ker Malaysia.
Lepas tu kami ada gak singgah kat Air panas Ciater untuk makan tengahari kat situ, sempat la jugak main-main air panas kat situ. Anak aku lagi sekali melalak nak mandi pulak. Aku kena la beli swimming suit kat dia. Sudah makan kami teruskan perjalanan lagi ke Ladang teh terbesar di Bandung berjemana walini. Melawat sambil-sambil tu membeli la jugak.

Kami dah kepenatan, semua orang dah tak larat nak sembang. Kami balik hotel untuk tidur, kami menginap di Grand Preanger. Anak-anak aku letih sangat sampai tidur tak sedar diri.

Bangun esok harinya mengembara lagi ke pasar baru sebab hari pertama pergi tu tak puas jalan. Hari ni mertua aku borong sakan. Maklum lah bukan selalu pergi, suami aku pergi tempat barang-barang elektrik. Sebelum tu kami ada gak pegi ke Rumah Mode(jual baju2 design moden).

Sebelum pulang ke tanah air sempat juga kami singgah ke tempat membuat kopi. Kopi ni agak istimewa, ia di simpan lama lebih kurang 3-10 tahun untuk menghilangkan kafeinnya. Aku beli la sikit untuk cuba. Kat sana ramai lagi orang pakai vespa. Bandar dia agak ketinggalan sikit pada kita lebih kurang 10 tahun kita dahulu.

Selepas agak puas mengembara ke negeri orang kami pulang ke Malaysia dengan senyuman. Rasanya ingin datang lagi tapi bila di fikirkan balik elok lah kiranya melancong ke tempat lain pulak. Destinasi berikutnya mungkin akan ke Beijing, Gold Coast, Taiwan atau dalam negeri. Moga2 ada rezeki kesana.


Lawatan Pupanita Ke Langkawi

Pengembaraan bermula ke Pulau Lagenda, Pulau Langkawi pada pertengahan tahun 2008. Aku ngan Suzaila di tempatkan satu bilik tapi masa naik bas rombongan aku bersama ngan Liza. seronok juga sekali sekala bergerak dalam kumpulan wanita begini.

Kami bertolak lebih kurang jam 10.00 mlm dan tiba di jeti Kuala Perlis kira-kira pukul 4 pagi. Setibanya di situ kami ke Masjid yang berdekatan untuk menunaikan solat Subuh. Selesai sahaja solat kami bergerak ke jeti semula untul ke Pulau Lagenda tersebut.
Pemandangan pulau-pulau kecil di kiri dan kanan bot begitu indah sekali. Aku suka menikmati keindahan ciptaan Allah ni. Kawan-kawan aku ada yang terlentok, ada yang dok layan bunyi air laut.

Kami tiba lebih kurang jam 11.00 pagi di Pulau lagenda tersebut, agak lewat gara-gara terlewat beli tiket bot. tak kesah lah janji sampai.

Aku ni bukannya tak pernah pi Langkawi tapi dengan kawan-kawan opis ni la first time.

Di sana kami di layan denga begitu sempurna skali, tengok lah lauk-pauk yang di hidangkan. Korang pon mesti terliur kan kalau tengok makanan ni. Jujur cakap ni, memang sedap. Aku kononnya tengah diet pon tak leh tahan, telan jugak. Alhamdulillah selesai semuanya kami kerjakan.

Lepas makan kami minta driver bas bawa pi ke Dataran Helang, saja nak nikmati udara malam tepi laut.

Macam-macam lagi aktiviti yang kami buat, terutamanya shopping la. Habis satu bot kami tempah, barang saja separuh bot. Aku ja yang tak beli sangat cuma ada la coklat untuk anak-anak sebab dah selalu pergi sana. Anyway, sampai jumpa lagi.....

New Honda City



Dalam seribu satu jenis kereta, Honda merupakan salah satu jenis kereta yang diminati oleh my hubby. Antara model yang terkini adalah New Honda City. Pada mata aku kereta ni agak cantik, elegan dan bersesuaian dengan semua orang dan harganya juga boleh tahan lah.





Ini bahagian interior dia. Menarik nampaknya tapi kebanyakkannya body bahagian dalam dia byk plastik. Dia ada Gear manual dan auto. manual kat stereng dia dan auto seperti biasa kat bawah.


Window dia semuanya boleh auto lock depan dan belakang. Ini memudahkan keluarga yang mempunyai anak kecil yang suka main tingkap turun naik (macam aku ni). Baru-baru ni aku ke show room honda kat Sri Utama Auto. Hubby aku test drive kereta honda Accord model baru tu. Aku ni naik la kat belakang, fuh! bestnya naik kereta ni besar, banyak kemudahan. bagi orang yang malas nak turunkan sit secara manual kelengkapan auto adjust sit dah ada. Mudah saja tekan button boleh turun naik sendiri sit dia. Tapi harga agak mahal la.


Aku suka sekali kereta yang warna biru ni, mengancam gitu . Walaubagaimanapun, bersyukurlah dengan apa yang ada. Kalau ada rezeki kemudian ada lagi model-model baru yang boleh di beli jika berkemampuan.