16 Disember 2015, kami sekeluarga memilih Felda Residensi sebagai tempat percutian kami musim cuti sekolah ni. Sedikit maklumat saya akan berkongsi kepada sahabat, teman dan pengunjung blog saya.
Di sini kita boleh memilih samada hendak menginap di hotel atau villa. Kami memilih Villa 1 bilik sebagai tempat penginapan kami kali ini. Ada juga villa yang 2 bilik, tapi kos agak tinggi, terutama musim cuti sekolah. Saya mencadangkan , jika kita ingin ke sana ada baiknya memilih hari biasa dan bukan musim cuti penggal persekolahan tapi kena amek cuti pulak lah ye (hehehhehe). Tempahan dan harga bilik boleh menghubungi Felda Residensi atau melayari laman web Agoda atau seumpamanya.
Kami bertolak dari Sepang lebih kurang pukul 2.30 ptg. Berdasarkan waze, perjalanannya memakan masa lebih kurng 2 jam. Alhamdulillah 4.30 petang kami tiba di Villa 3. Gambar di bawah adalah villa yang duduk. Bahagian kaunter check in tadi cakap, hanya satu kereta yang dibenarkan untuk parking di dalam. Tapi tengok villa depan tu ada 2 bijik keta, mungkin durang amek villa 2 bilik kot.
Jom saya bawa semua masuk kedalam villa. Dapur yang disediakan agak lengkap dengan pinggan, cawan, sudu garfu, rice cooker, dapur masak berserta tong gasnya. Boleh bawa barang-barang basah jika malas nak keluar. Kalau nak makan luar boleh ke Cafe disana atau kedai-kedai makan orang kampung kat situ. Saya syorkan masak lah simple-simple, jimat. BBQ tidak dibenarkan, mugkin takut berminyak dan kotor kawasan sekeliling, tapi tatau lah kot ada yang seludup BBQ juga.
Ini ruang dapurnya |
pinggan, cawan dan rice cooker , boleh masak |
Bilik bersaiz king dengan ruang lepaknya yang luas |
Ruang tamu bersebelahan dapur |
Penginapan di Villa akan dapat tiket percuma untuk masuk ke kolam besar dan kawasan air panas. Saya dan suami dan dapat pergi untuk kali ni, anak-anak bersama opah atuk sahaja yang dapat pegi. lain kali kami pegi. Alhamdulillah, percutian kali ni sungguh tenang dan mendamaikan, jom lah kawan-kawan. Boleh buat family day kat sini.
Santai-santai di pagi hari
Villa depan
Ruang depan pintu masuk |
Cantik jugak vila die
ReplyDeleteVilla cantik ok la,, ayaq panaih dia yg best,,
Delete