Thursday, September 5, 2013

Resepi Nak Buat Koktel Ala BadaBJ

Setiap kali menjelang hari raya atau sebarang jamuan, resepi wajib yang akan aku sajikan adalah koktel ala BadaBJ. Setiap kali buat koktel mesti orang tanya resepi. Sebagai tanda kasih sayang kepada sesiapa yang bertanya dan ingin tahu, saya sertakan resepi koktel saya kali ni.

Kalau nak diikutkan resepinya sangatlah senang, tapi mungkin bahan yang digunakan tu yang orang ingin tahu.
Gambar Hiasan


Bahan-bahan (Untuk satu hidangan)

1. 1  tin laici
2. 1  tin longan
3. 1  bekas nata dicoco ( guna separuh sahaja)
4. 1  tin buah peach (kalau besar, boleh potong kecil sedikit) - (guna separuh sahaja)
5. 1  susu cair jenis ideal
6. 1  bungkus sumi sederhana besar ( guna separuh sahaja )
7. 1 bungkus kecil air batu

Cara-cara membuat

Masukkan bahan 1- 6 ke dalam mangkuk koktel dan seterusnya masukkan air batu sebagai penyejuk.
Siap untuk dihidang.

Gambar Hiasan

Sebenarnya, membuat koktel adalah perkara yang paling mudah, cuma bahan-bahan tertentu yang perlu kita pilih. Saya cuba elakkan membeli koktel yang tersedia didalam tin. Ini adalah kerana dalam tin koktel tersebut terdapat kandungan buat nenas, dimana nenas akan memasamkan sedikit rasa air koktel saya. Kadang-kadang air nenas akan membuatkan susu akan menjadi sedikit berketul apabila dicampurkan. Saya juga mengelakkan penggunaan gula dalam koktel saya sebab semua air dalam tin yang dibeli sudah tersedia manisnya. Kita boleh masukkan semua air dalam tin berkenaan dan separuh jika penggunaannya separuh sahaja. Susu cair berjenama ideal adalah pilihan saya sebab susunya wangi, pekat dan sedap. Itulah antara sebab kenapa saya memilih bahan-bahan diatas.

Selamat mencuba..




No comments :

Post a Comment