Thursday, December 17, 2015

Felda Residensi HotSpring Sungkai Perak



16 Disember 2015, kami sekeluarga memilih Felda Residensi sebagai tempat percutian kami musim cuti sekolah ni. Sedikit maklumat saya akan berkongsi kepada sahabat, teman dan pengunjung blog saya.

Di sini kita boleh memilih samada hendak menginap di hotel atau villa. Kami memilih Villa 1 bilik sebagai tempat penginapan kami kali ini. Ada juga villa yang 2 bilik, tapi kos agak tinggi, terutama musim cuti sekolah. Saya mencadangkan , jika kita ingin ke sana ada baiknya memilih hari biasa dan bukan musim cuti penggal persekolahan tapi kena amek cuti pulak lah ye (hehehhehe). Tempahan dan harga bilik boleh menghubungi Felda Residensi atau melayari laman web Agoda atau seumpamanya.

Kami bertolak dari Sepang lebih kurang pukul 2.30 ptg. Berdasarkan waze, perjalanannya memakan masa lebih kurng 2 jam. Alhamdulillah 4.30 petang kami tiba di Villa 3. Gambar di bawah adalah villa yang duduk. Bahagian kaunter check in tadi cakap, hanya satu kereta yang dibenarkan untuk parking di dalam. Tapi tengok villa depan tu ada 2 bijik keta, mungkin durang amek villa 2 bilik kot.



Jom saya bawa semua masuk kedalam villa. Dapur yang disediakan agak lengkap dengan pinggan, cawan, sudu garfu, rice cooker, dapur masak berserta tong gasnya. Boleh bawa barang-barang basah jika malas nak keluar. Kalau nak makan luar boleh ke Cafe disana atau kedai-kedai makan orang kampung kat situ. Saya syorkan masak lah simple-simple, jimat. BBQ tidak dibenarkan, mugkin takut berminyak dan kotor kawasan sekeliling, tapi tatau lah kot ada  yang seludup BBQ juga.


Ini ruang dapurnya 

pinggan, cawan dan rice cooker , boleh masak
Selepas ruang makan, baru ada ruang tamu dan bilik. Boleh muat kalau ramai pon nak duduk villa ni, cuma bawak lah toto/tilam masing-masing.

Bilik bersaiz king dengan ruang lepaknya yang luas 

Ruang tamu bersebelahan dapur
Tujuan utama kami kesini adalah untuk menikmati air panas semulajadi di Sungkai ni. Kalau tak tidur sini pon boleh, ada kolam besar di sini dan hanya perlu bayaran masuk. Datang mandi pastu balik, ramai orang tak tidur sini. Memandangkan kami inginkan suasana damai bersama kicauan burung dan pokok-pokok menghijau, kami memilih untuk tidur disini dan sekaligus dapat menikmati private jacuzzinya dan anak-anak gembira.




Penginapan di Villa akan dapat tiket percuma untuk masuk ke kolam besar dan kawasan air panas. Saya dan suami dan dapat pergi untuk kali ni, anak-anak bersama opah atuk sahaja yang dapat pegi. lain kali kami pegi. Alhamdulillah, percutian kali ni sungguh tenang dan mendamaikan, jom lah kawan-kawan. Boleh buat family day kat sini.

Santai-santai di pagi hari


Villa  depan

Ruang depan pintu masuk





Monday, June 1, 2015

RAHSIA KHASIAT KAYU MANIS DALAM ADUNAN SABUN TERSANGAT COMEL

RAHSIA KHASIAT KAYU MANIS


Kulit kayu manis


Ramai orang tidak menyedari, kulit kayu manis atau Cinnamomun Zeylanicum (nama saintifiknya) bukan sekadar ditambahkan didalam ramuan masakan kita setiap hari untuk menghasilkan makanan yang sedap. Namun, menurut petua orang dulu-dulu kulit kayu manis boleh digunakan untuk merawat penyakit radang sendi, kulit, jantung dan kembung perut. Namun ianya juga mempunyai pelbagai khasiat lain dimana dapat membantu proses pemulihan parut jerawat, menghalang pertumbuhan jerawat baru pada kulit muka dan merawat rambut gugur serta bercabang. 


Satu formulasi baru yang amat berkesan telah ditemui dan menghasilkan satu produk terkini dipasaran iaitu Sabun TERSANGAT COMEL. Semua pelanggan TC tidak perlu lagi untuk memikirkan cara bancuhan, berapa banyak perlu diambil setiap kali pakai. TC telah mempermudahkan penggunaannya dengan menghasilkan sabun TC yang senang dipegang dan senang gosok.



ANDA INGIN MILIKI
WAJAH YANG SEGAR DAN BERSERI
JOM CUBA SABUN 
TERSANGAT COMEL












TIPS HILANGKAN JERAWAT DENGAN LEBIH CEPAT

1. Basuh muka dengan air. Ambil sabun TERSANGAT COMEL (kayu manis) dan gosok perlahan-lahan ke muka sehingga berbuih.


2. Gosok rata dan urut kulit muka anda perlahan-lahan selama 2 minit atau lebih. Kemudian biarkan sabun tadi meresap ke dalam kulit muka anda sekurang-kurangnya 1 minit (lebih lama lebih baik)


3. Kemudian baru bilas dengan air bersih. Lapkan muka dengan tuala bersih.


Amalkan selama 2 minggu berturut-turut. Hasilnya ia akan menyingkirkan jerawat anda dari akar umbi. Selain itu, kulit muka anda akan terasa lebih segar, tegang awet muda dan juga merawat masalah kulit seperti ekzema. Bahan-bahan yang ada dalam sabun TERSANGAT COMEL ini diadun khas dengan 100% HERBA semulajadi dan non-asid untuk mengatasi masalah jerawat. Kini anda lebih yakin menggunakannya setiap hari.



Testimoni dibawah 
menunjukkan kesan yang begitu 
memberangsangkan 
dalam masa 2 minggu penggunaan

Sebelum (Banyak jerawat dan jeragat) Selepas (Jerawat dan jeragat dah semakin hilang) 


TIPS MENGURANGKAN KEGUGURAN RAMBUT


Bagi anda yang mengalami masalah keguguran rambut boleh mengamalkan tips ini.


1. Basahkan kepala dengan air kemudian ambil sabun TERSANGAT COMEL (Kulit Kayu Manis) dan gosok diseluruh kepala sehingga berbuih seperti syampu.


2. Gosok rata bahagian rambut dan kepala anda sehingga ke kulit kepala. Biarkan ia meresap ke dalam kulit kepala selama 15 minit.


3. Kemudian bilas dengan air sehingga bersih.



Amalkan setiap hari sebagai syampu perapi selama 2 minggu berturut-turut. Hasilnya anda akan mendapati rambut akan kurang gugur dan akar rambut akan menjadi lebih kuat. Bahan yang terkandung dalam sabun TERSANGAT COMEL ini diadun khas dengan 100% HERBA semulajadi. Penggunaan secara harian sebagai perapi syampu juga dapat mengatasi masalah kegatalan kepala dan menghapuskan kutu.

SILA WASAP/ TELEGRAM
KE NOMBOR
011 36637608
atau
sila klik facebook di bawah
https://www.facebook.com/tcsepang

Berminat untuk menambahkan pendapatan anda, Boleh Join kami tanpa ragu-ragu. Pihak TC Network menawarkan keahlian yang boleh menarik minat anda.

Gambar diatas menunjukkan tawaran yang diberikan bedasarkan jenis keahlian yang di pilih. Jangan bimbing bagi sesiapa yang ingin membeli 1 @ 2 pax sahaja boleh juga berbuat demikian.

Harga 1 pax = RM 50 + RM 6 pos = RM 56
Harga 2 pax = RM 100 + RM 6 pos = RM 106.

Hanya RM 14 perlu ditambah, jika ingin menjadi ahli iaitu RM 120 untuk 3 pax dan tiada kos pos. Sudah semestinya anda tidak akan rugi.





SILA WASAP/ TELEGRAM
KE NOMBOR
011 36637608
atau
sila klik facebook di bawah
https://www.facebook.com/tcsepang