Saturday, July 21, 2012

Percutian Keluarga Ke Medan Indonesia, Julai 2012

Berbekalkan tempahan pakej percutian FireFly di Matta Fair bulan Mac 2012 tempohari maka kami sekeluarga memulakan perjalanan ke Medan, Indonesia pada 16 hingga 19 Julai 2012 yang lalu. Inilah kali pertama kami sekeluarga menjejakkan kaki ke bumi Medan ini, selain dari ibu mertua aku yang pernah datang kesini sebelum ini , kira-kira sepuluh tahun yang lalu.


Kali ni kami menaiki pesawat FireFly yang berpusat di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah. Pakej yang kami ambil ni berharga RM 599.00 bagi dewasa dan RM 300.00 bagi kanak-kanak. Ia merangkumi pakej penginapan di hotel yang terpilih, makan pagi, tengahari dan malam, transport sepanjang disana dan pemandu pelancong. Bagi  aku yang tak pernah kesana merasakan harga pakej ni amatlah berpatutan sebab aku tak perlu bersusah-payah nak memikirkan segala keperluan disana. 

Hari Pertama



Kami menaiki pesawat pukul 1.45 ptg waktu Malaysia dan tiba disana pukul 2.00 ptg waktu Indonesia. Alhamdulillah, kali ni untuk melepasi imigresen, Indonesia agak senang sedikit berbanding dengan percutian di Bandung, Indonesia dulu. Diaorang tak check beg pon, cuma tanya jer, ada apa dalam beg ?. Agaknya tengok muka aku yang baik kot dia percaya ........ hahahahahahahaha.. Berdasarkan pengalaman membaca kat internet,,, aku menolak pertolongan seorang porter yang kononnya nak tolong angkat beg. Durang ni nak paw duit aku ler.....rasanya dalam 100,000 rupiah kot bersamaan RM35. Selamatttt duit aku...... Kat luar airport pemandu pelancong aku dah tunggu. Lega rasanya ada nama aku tertera kat situ...

Pemandu pelancong aku kenalkan dirinya sebagai Jongi , banyak kali gak la aku silap panggil nama dia. Kejap-kejap Jingo, jap-jap Jongi..... Hehehehehehehe... Last skali aku  panggil dia Jo saja, lagi senang. Sampai saja di Medan, kami menaiki van yang telah disediakan dan Jo bawa kami sekeluarga ke Restauran Ayam Pop di bandar Medan. Makanan kat sini murah-murah kot, sebab tu la dengan bayaran yang agak sederhana, kami dapat makan pelbagai makanan.

Selesai makan kami solat dekat kedai makan tu sbb ada musolah kat situ. Lepas tu, kami teruskan perjalanan ke Tasik Danau Toba. Perjalanan kesana memakan masa selama 4-5 jam jugak la.... Jalan nak ke Danau Toba tu dulu katanya lagi teruk tak de jalan tar pon cuma berbatu-batu kecil jer. Kami pegi dah ada jalan tar, cuma jalannya dah byk rosak dan berlubang-lubang. Mungkin sebab byk lori dan bas yang lalu lalang ikut jalan ni. Di dalam perjalanan, hujan turun amat lebat sekali dan memperlahankan lagi perjalanan kami.. Alhamdulillah kami sampai di Danau Toba pukul 9.00 mlm dan terus menikmati makan malam di hotel Danau Toba International Cottage dimana tempat kami menginap malam ni. Kami menginap kat bilik bertentangan dengan penamdangan tasik yang indah. Bangun pagi, udara segar tasik masuk ke dalam bilik kami. Aku sempat juga snap satu gambar view dari bilik.

Pemandangan dari bilik aku
Sebelah ni bilik mertua aku

Hari Kedua

Hari kedua kami sudah berada di Tasik Danau Toba dan lawatan kali ni ke Pulau Samosir. Jo kata kami tak dapat melawat ke pulau-pulau yang lain sebab tak ramai orang katanya. Tak pa lah noooooo... kira ok la tu.. Kami menaiki bot untuk ke Pulau Samosir. Anak-anak aku excited sungguh, dah tak sabar-sabar lagi nak kesana....Sampai saja di Pulau tu, mak mertua aku terus teruja, katanya, dulu x de jualan banyak cam ni..soronok sungguh dia. Sambil berjalan ke tempat lawatan, sempat lagi beli frigde magnet untuk di bawa pulang sebagai cenderahati untuk kawan-kawan. Nasib baik beli kat sini, sbb kat bandar Medan fridge magnet tak cantik sangat. Kat pulau tu kami melawat rumah orang batak dan kuburan Raja Batak.



Hadapan rumah orang Batak


Tangga menaiki kuburan Batak

Kuburan Batak


Selepas pulang dari Pulau Simosir kami bertolak pula ke Berastagi, dikawasan tanah tinggi. Di sepanjang perjalanan kami singgah di beberapa tempat, Simarjarunjung dan Air Terjun Sipiso-piso. Di Simarjarunjung kami singgah minum teh halia dan makan goreng pisang. Kawasan tu lebih kurang macam Cameron Highlands laaa.....lepas tu ke Air Terjun sipiso-piso. Perjalanan kesana Berastagi tu lebih kurang 3 jam. Kami sampai di sana lebih kurang pukul 5.30 petang. Hotel persinggahan kami kali ni adalah Hotel Sibayak. Best gak la hotel ni,, kalau sesiapa yang datang kesini aku rekaman duduk kat hotel ni. Kat sini kami makan jagung bakar dan anak-anak naik kuda....



Hari Ketiga

Kami keluar dari hotel Sibayak pukul 8.30 pagi selepas sarapan pagi. Pagi ni kami ke kedai-kedai jual tshirt kat Berastagi sekejap dan kemudian meneruskan perjalanan ke Bandar Medan. Perjalanan balik kali ni dari Berastagi hanya 2 jam sahaja. Sampai sana kami makan kat restauran kat situ.... lupa la nama restauran dia tapi kali ni sedap bangetttt.. makan samapi licin... lapaq kottt....   lepas makan kami ke Istana Maimon, istana lama ni terletak betul-betul ditengah bandar Medan... Keturunan Raja di Medan hanya pada nama saja dan berfungsi sebagai ketua adat sahaja. Malang sungguh nasib raja di sana. Mereka hanya memohon bantuan sumbangan dari rakyat jelata untuk meneruskan kesinambungan salah silah beraja disana. Mereka tidak mendapat elaun seperti di Malaysia. Mereka bekerja macam orang biasa. Semasa di Istana kami dilayan oleh keturuanan raja bergelar tengku, tapi katanya panggil "bapak" saja. Sedihhhhhhhhhhhh......

Lepas tu, shoppinggggg time....kami ke pasar ikan yang tak jual ikan,,, hehehehhehehe,,, jual kain bajuuuuu......dapat laaa tangkap sepasang bajuuuu.....  beli tambah lagi fridge magnet....


Hari Keempat

Hari ni kami duduk kat hotel jer, kata pemandu pelancong kami akan dijemput ke Airport pukul 12.00 tghri. Kalau nak berjalan sebelah pagi kena guna tut-tut atau teksi atau beca.... Sebab hari keempat tugas dia sudah selesai, lagipon katanya sebelah pagi dia ada tourist lain. Kami pon tak nak lah ganggu dia, so kami amek teksi hotel, di Hotel Grand Anteras tempat kami menginap malam tadi. Tujuannya cuma nak beli tambah tshirt yang belum dibeli,,,, tiba-tiba teringat kepada beberapa orang lagi yang belum dibeli.... Cian la pulak.. kami naik teksi pergi balik dia amek 80,000 rupiah bersamaan RM25.00. kira ok lah,, malas nak naik beca atau tut-tut,, susah nak manage time.. kami amek teksi dan suruh tunggu masa kami beli.. Alhamdulillah... kami beli tambah dalam bebelas helai la jugak... legaaaa kata hubby aku sbb orang yang diingati dapat.....Kami amat gembira dengan percutian kami kali ni....Cadangnya nak ke universal Studio, Singapore pulak lepas ni....  

Sekian.....