Hari ini 1 Ogos 2011, bermulalah episod bulan puasa bagi tahun ni. Rasa seronok pula nak puasa tahun ni. Alhamdulillah semoga keseronokan berpuasa akan berterusan sehingga sebulan lamanya.
Hari ni aku ngan hubby ke bazar Ramadhon di Salak Tinggi, konon nak beli air soya,, heran plak aku air soya tak de jual kat situ, terpaksalah beli air lain. Nampaknya air asamboi dan air matakucing jadi pengganti soya. Pastu aku ternampak orang jual pau, nampak cam sedap, aper lagi trus beli 4biji, bila balik makan buka posa, hempes tak sedap langsung, len kali x bleh beli pau tu lah, sib baik aku beli popia basah tu sedap,, dapat lah makan juga.
Esok cam ner plak yer,, rasanya cam nak buat kuih sendiri la,,, hihihihih...